Awas !! CCTV saya memerhati anda !!

ORANG YANG PERTAMA




Ni la dia antara senarai orang-orang pertama, bukan yg komen first.. tapi yang islamic punya first..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :  Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW

NOTA TANGAN DAN KAKI :
......................

PERKARA PELIK YANG AKU LAKUKAN


Hai.. Hari ni aku nak bagitahu satu perkara pelik yang selalu aku buat bila aku berada dalam keadaan yang MEMBOSANKAN.


Ada sesapa yang buat macamni jugak??

NOTA TANGAN DAN KAKI :
Aku pun tak tau apa motif aku buat macam tu. Sampai sekarang habit ni kekal dalam diri aku. Tapi sakit woo gigi.. Hakhak!!

BANYAK KERJA, TAPI MALAS NAK BUAT

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia. Aku sebenarnya tak tahu nak tulis taip apa hari ni. Tapi disebabkan kebosanan yang melanda sudah berada di tahap gaban, maka aku gagahkan juga jejariku ini menaip apa sahaja yang aku nak taip. Sebenarnya ada banyak kerja yang aku kena buat. Tapi mood nak buat kerja tak berapa nak ada. Nak menaip, kumpul mood dulu baru aku nak buat kerja-kerja tu semua. Meja aku pun dah bersepah-sepah dengan kertas yang aku kena lukis plan kedudukan PC kat makmal komputer. Buku log pulak baru tulis yang minggu pertama punya. Da masuk minggu ke tujuh baru aku buat buku log. Lepas waktu rehat kena pergi bilik pensyarah lama dan baru. Mintak-mintak la aku tak jumpa pensyarah Bahasa Inggeris tu. Alah.. Yang aku cerita kat sini tu.. Jom tengok gambar keadaan kat tempat kerja aku.

pelan kedudukan PC at makmal

semua kertas pelan yang kena siapkan


buku log aku
*abaikan tulisan hudoh aku ok!!



NOTA TANGAN DAN KAKI :
Tak nak pegi keje sok.. Rasa malas sangat-sangat..

SAKIT HATI

Hai.. Aku rasa macam dah tak sabar sangat nak habis praktikal dah ni.. Tinggal lagi 8 hari je aku ada kat kolej ni (tolak sabtu-ahad). Dah la semalam kena marah. Kalau kena marah ngan bos atas kesalahan aku tak apa la jugak. Ni kena marah ngan pensyarah lelaki yang mengajar Bahasa Inggeris. Mula-mula aku dapat arahan dari bos untuk pindahkan komputer dari meja yang dia duduk tu ke meja lain. Pas tu dia nak marah-marah sebab amik komputer tu masa dia tengah tak ada. Dia cakap kami ni tak ada adab la ape la. Masalahnya bos cakap komputer tu bukan komputer dia. Sebab tu la bos suruh pindahkan komputer tu. Pas tu dia cakap camni "Awak tengok je saya macam ni. Tapi umur saya dah 40 taw!!''. Konon nak bagitau muka dia tu nampak macam muda ramaja la tu. Dah nak sebaya mak aku da. Sepatutnya aku panggil kau tu pakcik je. Sabar je la aku. Dengar dia membebel dah setengah jam. Masalahnya bebel benda sama je. Kenapa amik komputer tak tunggu dia. Kalau memang komputer dia memang la aku tunggu. Tapi dah bukan komputer dia. Owner komputer tu dah berhenti. So, memang boleh la aku nak amik (bos yang cakap camni). Pastu aku dengar mereka-mereka cakap yang pensyarah ni tak kahwin lagi. Memang patut la tak kahwin kalau dah kuat membebel macam tu. Huh!!!
-----------------------------------
Tukar topik lain. Hari ahad yang lepas aku dengan family pergi jenjalan. Pastu ayah gi hantar parang kat pemborong at hentian rehat mana entah. Tak ingat nama tempat tu. Masa aku ngan adik aku jalan-jalan kat hentian rehat tu, kami terserempak ngan OS. Batak gila adik aku tu. Hahaha.. Sibuk konon nak amik gambar, tapi malu-malu. APTB. Tapi hari tu first time aku pakai selendang. Rase macam janggal je. Ok la.. Nak wat keje.. Daaa...
First time pakai selendang.


NOTA TANGAN DAN KAKI :
Baru je baik demam.. Tapi macam nak demam agy.