Awas !! CCTV saya memerhati anda !!

KENANGAN DULU-DULU


Hai. Hari ni ak rasa happy je. Why?? Em, nothing. Saje nak gembira pada hari rabu yang mulia ni. Hehehe.

Tiba-tiba teringat kenangan first time bercintun masa zaman sekolah dulu. Masa tu aku tingkatan 1. Kami bercinta bukan macam budak-budak tingkatan satu zaman sekarang ni. Masa tu kami balas-balas surat je. Hari ni dia bagi, sok aku balas. Pas tu esoknya lagi dia pulak balas. Macam tu la seterusnya. Ayat-ayat dalam surat tu pun ayat skema je. Maklum la, budak baik. Tanya ngah watpe, da makan ke blom, makan pe. Macam tak bole je nak tanya sendiri. Sampai habis buku latihan sekolah tu aku koyak sebab nak balas surat. Poyo je kan?? Yang penting, setiap surat mesti diakhiri dengan pantun : PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS. Tu je la. Macam tak reti nak reka pantun lain. Pas tu tabor bedak kat tengah-tengah surat tu. Bila bukak, habis putih seluar. Tokey kilang bedak jugak yang kaya. Tapi lagi best kalau bukak surat depan kipas. Habis bedak-bedak terbang kat muka sampai tersedak-sedak bila bedak termasuk kat dalam mulut. Nak-nak masa tu ngah makan biskut merry. Habis menyembur. Pas tu, muka penuh ngan bedak da jadi macam RAJA KAPOOR. Hakhak. Tak lama tu kantoi ngan mak. Mak baca SEMUA surat-surat aku. Nasib baik tak kena marah. Hehe. Aku tau, masa mak baca tu mak teringat zaman dia bercinta balas-balas surat ngan ayah.

Pada 10/11/12 yang lepas akak sedara aku kawen. Tapi aku tak dapat datang sebab aku kerja. Aku datang ngan ayah keesokan harinya. Jom tengok gambar.

Pelamin tema pink + purple

Malam akad nikah



 mak + kakak-kakak beliau
 mak + pengantin









 mak + pengantin pompuan

 aku + adik
ayah + pengantin lelaki


NOTA TANGAN DAN KAKI :
Pen Merah Pen Biru, You Marah I Love U. Erkk!! 

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT


"Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu."

** Sedihkan kalau kita lakukan sesuatu tapi kesudahannya ia adalah sia-sia? Jadi, luangkan sedikit masa untuk membaca maksud bacaan dalam solat ini supaya takbir kita, rukuk kita, sujud kita tidak hanya 'bagai kambing menanduk bukit'


Doa Iftitah
  
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

MAKNA SEBUAH CINTA

  • Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali. Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

  • Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

  • Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

  • Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
  • Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..
  • Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan..
  • Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
  • Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah..
  • Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi, kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

REALITI SEBUAH CINTA



Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Untukmu LELAKI



LELAKI

Ko pedulikn dia,
Dia ckp ko xbgi kebebasan,
Ko xpeduli,
Dia ckp ko xprihatin...

Ko reject,
Dia ckp ko jual mahal,
Ko terima,
Dia xpedulikan ko...


Dia xdpt kejar ko,
Dia kejar kwn ko,
Dia dpt ko,
Dia kejar org laen lagi...


Dia kuar ngan pompuan laen,
Dia ckp kawan,
Ko kuar ngan lelaki,
Dia ckp ko curang...

Ko bgi diri ko,
Dia ckp ko jenis murahan,
Ko xbgi,
Dia ckp ko xsyg dia...

Ko merokok,
Dia ckp ko pompuan liar,
Dia merokok,
Dia ckp dia lelaki..

Ko pkai mekap lawa,
Dia ckp ko nk tarik perhatian jantan,
Ko xreti mekap,
Dia ckp ko xreti bergya...


Ko gna duit,
Dia ckp ko boros,
Dia gna duit,
Dia ckp utk msa depan...

KALO LELAKI BCA NIE..,
DIA CKP SUMA NIE SALAH,
KALO KO XBGI BCA,
DIA CKP KO KEDEKUT..

SO BGI TEXT NIE PDA LELAKI N POMPUAN..
BIAR KITA SUMER GELAK SMA2!!!